Sunday, October 25, 2009

Akhirnya Mai Halimah disunting Azmi..

Firstly, congratulation Mai akhirnya dah kene rantai selama setahun... Muka happy tak tau nak cakap..

Tapi memang meriah ala2 macam kenduri Mai nak kawin pun ada.. Aku sampai je kat rumah dia, khemah pun dah tersedia.. Theme purple (ntah pink ke purple Mai, cam buta color lak aku ni..hihihihhi)..

Makanan???Ooooo dah kenduri mesti ler sedap.. Tak caya tengok ler ape dah jadi kat pinggan aku tu..hihihihihih :)

Sori la kawan2 aku lebih suka mendiamkan diri, sebenarnya tak tahu nak cerita ape, mungkin jalan kita pun dah lain sikit dan mungkin jugak lepas habis Poly aku ke lain, korang2 reramai ke tempat yang sama.hihihihihih

Tapi ape2 pun yang paling penting kita tetap kawan sampai bila2.


Time aku pergi tu, majlis Mai memang boleh tahan hebat.. Mau nye tak hebat dah ala2 pengatin gitu. Andai kata aku tak berkesempatan nak pergi wedding Mai, takde la terkilan sangat nanti sebab majlis pertunangan Mai pun dah kira cam nak majlis kawin..Cuma khemah je tak cukup banyak, pelamin tak cukup besar..hihiihihihi


Tunggu Mai kawin nanti, perghhhhhhhhhh aku dapat bayangkan.. Tapi buat bajet jugak, jangan ikutkan kehendak hati sebab pada aku lepas kawen nanti banyak lagi duit yang nak kene ada. Kalau masuk rumah cuci kaki takpe jugak laa..Alhamdullilah le hendak nya..


Tak kira backgroud macam mana pun tetap jugak nak bergambar..hihiihih

Ayu gitu, hahhahha




Mai & Azmi, lagi sekali tahniah... Time darah tengah manis2 gula ni kene le jaga hubungan...Kadang2 time macam ni banyak dugaan nak datang, terpulang pada individu masing2 je macam mana nak hadapi...hihiihihihiih

Friday, October 23, 2009

SolidWorks Innovation Day

Ogos 13 baru ni company hantar aku ngan sorang lagi opis mate aku pergi seminar untuk SolidWorks 2010 (untuk kawan2 aku yang tak amik design, software ni untuk 3D cad yerk)..

Memang best, ala biasa la nak upgrade benda baru mana2 pun best ..Yang penting makan ditaja, walaupun tak berapa nk sedap (boleh laa)..

Lucky draw nye hadiah pun boleh tahan.. (tapi aku takde luck ler.. :( , sedih betul)

Kalau nak di ikutkan ada banyak la jugak beza antara 2009 ngan 2010..Kira kalau guna pun 2010 lagi mudah (tak tau nak cakap mudah camne sebab tangan sendiri tak tak dapat cuba lagi..visual aje ler)..

Tapi bagi mereka2 yang tahu software ni, aku citer sikit laa..

1) Nak buat penyabungan dalam sheet metal lagi mudah just click kan pada edge a dan b akan terus sambung (walaupun height berbeza)..

2) Environment pun termasuk jugak, berapa % energy, water daripada material yang korang gunakan dalam setiap part. (dah tersenarai material2 yang kita guna cth macam PPA, stainless steel...)

3) Untuk change dimension selepas 1 part di mirror kan pun boleh, tak macam v.2009, sure error.

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak share ngan korang, tapi senang cakap korang explore sendiri ler mungkin lagi cepat paham dan seronok..Sekadar berkongsi tak salah kan???hihihihhi

Kalau tengok sekarang ni, masih ada lagi mereka2 yang masih guna 2D drawing, tapi pada aku di sarankan korang cuba la guna 3D, bukan apa kalau korang nak revise dimension pun takde le susah sangat nak match ngan part lain..
Nak mintak PEDMA upgrade 2010, ermmm jawabnye kene tunggu Tsuyama upgrade dulu (sempat la aku resign dulu..hihihihihih perancangan tu perlu)..

Sunday, October 4, 2009

Sesat atau buta jalan??Yang mana sesuai??

Firstly, thanks Rose laksa penang ko memang best, lain kali boleh buat lagi..
Hari ni lepas balik dari kerja (aku OT hari nie :P beb) terus aku pi open house sekali ngan bitrthday anak Rose...Badan letih tapi demi kawan aku gagahkan jugak laa, lagipun Rose masak sedap..hihihihi
Konon dari S.Alam aku nak terus pi Puchong tapi sampai simpang CIAST aku tak jumpa signboard Puchong-Hicom..Nak tak nak terpaksa ler keluar Federal semula pastu masuk ke LDP..
Aku dah cakap kat Rose banyak kali 'Rose aku tak berapa nak reti jalan ke sana, aku tau pi IOI jer'..
Ingat kan lepas keje nak ajak member2 opis pi rumah dia, tapi ari ni nasib tak berapa nak baik masing2 nak pi open house tempat lain...Adui bedal je laa janji sampai...
Sampai kat Puchong Rose pesan, lepas Tractor masuk simpang kiri, aku pun dengan angkuh jawab 'Oooo Tractor tu aku tau sangat la' symbol T dia besarkan???
Ahahhahah ambik kau nak, Tractor ke mana aku ke mana hala sampai masuk TOL nak ke S.Alam balik.. Aduuui kalau gini baik aku datang dari S.Alam..
Rose siap bising kat aku 'symbol T tu berapa tahun lepas kau nampak,dia pun reti nak tukar selera'..
Ermmm betul jugak kan, kilang aku pun dulu MECOM dah tukar PEDMA....
Puas jugak la aku merantau gara2 nak cari simpang Puchong Perdana hari ni, U-turn jangan cakap la ntah ke berapa kali..Sampai aku dah nak give -up laa, siap fikir kalau tak jumpa jugak aku nak balik...
Tapi yang best nye dah silap jalan aku call Rose mintak ajarkan jalan..
Dia pesan sampai kat traffic light sebelah kanan ada DHL masuk kiri...
Lagi sekali aku angkuh, dengan bangga aku belok ke kanan..
PONNNNN!!!... kau ni tau tak mana kiri mana kanan...Aduhhhhhh...
Aku pun tak tau kenapa, tiap kali aku terima arahan kanan kiri aku bermasalah sikit..hihihihihihihi.
Tapi akhirnya sampai jugak la, ntah macam mana aku boleh jumpa simpang aku pun tak tau... Sampai kat Petronas Ariq (hunsband Rose) ambik aku..
Hihihihihih 'thank you Ariq, buat syusyah2 ajer...'
Nak sembang lama pun tetamu Rose tengah ramai, so tak dapat ler nak ngumpat lebih...Rose nanti kita continue ngumpat time aku amik kek lapis Sarawak tu..hihiihhi.. Lagipun Ariq ada nanti dia pasang telinga, tak best...
*Time balik lagi sekali aku sesat, melilau carik jalan keluar.. Ntah jalan mana aku masuk, bedal semacam...Aku pergi banci kat taman perumahan situ plak..Aduhh..
Aku sesat tapi dapat jugak cari jalan pulang..ahahhahahhah
* Tapi Rose aku tak sempat nak makan kek tadi..:(

Thursday, October 1, 2009

Imran belanja muffin comel...Seronoknya, aku suka..

Officemate aku belanja muffin hari ni...yang perempuan dapat pcs, yang lelaki dapat 1 cukup laa...Buat ape nak banyak2 nanti kolestrol naik..hahahaha..
Dia kata sebagai ganti sebab tak dapat bawak kuih raya..Kuih raya dah habis kot, aku pun tak tanya banyak...






Tapi pe2 hal thank you Imran, nanti ada masa order lagi bawak kat office,aku memang suka benda yang cute macam ni..

Aku pilih yang ni, nak makan sayang..Tengok je boleh tak??? Tapi akhir nye kene telan gak...


Ni la keje time2 rehat (buat keje sia2..ahahah)...Nak lunch dah kenyang sebab time breakfast pukul 9.30 aku dah bedal yang berat2...Nak buat camne, malam aku dah kene kontrol makan, pagi tu datang keje aku balas dendam laa yang tak sedap kat kantin tu pun aku akan kata SEDAP...

Ni meja aku kat opis...Berserabut??? Memang pun,ni kira dah habis cantik la nie aku kemas..

Tapi Mr.Woon dah 'pesan tolong 5S (Sesiapa yang keje kilang Jepon pahamla maksud 5S tu).. Semua document yang confidential tolong simpan masuk dalam kabinet atau drawer yang berkunci'..

Ntah bila nak kemas aku pun tak tau..

Jawabnye time esok nak audit le baru masing2 lintang pukang..kira peribahasa ni boleh guna laa 'Time nak berak baru sibuk nak gali lubang'...hahhaha

Kalau aku tukar bleh tak? 'time dah mati baru nak gali lubang'...

Ermmm tak bleh jugak sebab nak kene ukur kang tak muat lak, banyak gak keje nak kene modify lubang kubur tu..

Betol..betol..betol...